Berhenti membeli belah , mulakan kehidupan .

Kemerosotan ekonomi boleh membuatkan seseorang menjadi tak menentu. Sabar dan kawal aliran kewangan kita mampu untuk meringankan beban yang ditanggung.Kita boleh hadapi dengan cara penjimatan seringgit dua dalam setiap pembelian keperluan harian termasuk makanan , tiada makna bagi kita tetapi cuba bayangkan jumlah yang boleh dijimatkan dalam tempoh yang panjang walaupun hanya bermula dengan jumlah yang kecil .

Satu cara untuk berjimat ialah menanam sendiri sayuran , buah-buahan di kawasan rumah . Serai , daun pandan , cili dan kunyit adalah antara tanaman yang boleh hidup jika ditanam dalam pasu , secara tidak langsung perbelanjaan dapur dapat dikurangkan . Selain itu , kita perlu sentiasa merekodkan perbelanjaan bulanan supaya kita tahu kemana perginya gaji kita setiap bulan .

Ada juga berpendapat menggunakan kad kredit ketika berbelanja boleh menjimatkan dengan syarat pembayarannya dibuat sepenuhnya pada setiap kali menerima bil . Bagaimanapun , kita perlu mempunyai disiplin tinggi kerana kadang-kala menggunakan kad kredit , kita sering terlupa dan berbelanja lebih dari kemampuan bulanan .
Pada pandangan saya , masyarakat masakini terutama wanita perlu mengawal nafsu membeli belah supaya dapat menjimatkan wang . Ini kerana , wanita masakini lebih cenderung ke arah fesyen yang kini sangat berkembang maju . Mereka sanggup menghabiskan seberapa banyak wang mereka untuk membeli pakaian- pakaian yang mengikut trend kini . Kita perlu bijak memikirkan antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN . 
Renung-renugkanlah dan selamat beramal :)



Terima kasih daun keladi , jangan lupa datang lagi

4 comments:

  1. Shopping2~ hehe

    ReplyDelete
  2. kita perlu berjimat lah ikhmal .

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ,
    saya betul-betul bersetuju dengan pendapat awak . bagi saya tak salah jika seseorang itu selalu membeli belah ,tapi mereka harus pandai berjimat cermat dan bijak menghadapi atau mengatasi krisis sebigini.

    ReplyDelete